07:45; Isteri buat bekal 1liter Teamix cair (yg penting ada rasa teamix)
8am~10am: Minum 500ml Teamix (minum sikit-sikit, 1 @ 2 teguk sekali minum)
10am~11am: Makan serapan pagi (Shake/Serapan kat luar)
11am~1pm: Minum 500ml Teamix (minum sikit-sikit, 1 @ 2 teguk sekali minum)
1pm~2pm: Makan tengahhari (SHAKE)
2pm~5pm: Minum 500ml Teamix (minum sikit-sikit, 1 @ 2 teguk sekali minum)
5pm~7pm: Riadah Petang (Main Badminton/Berjalan di Shopping Mall)
7pm~8pm: Minum 250ml Teamix (minum sikit-sikit, 1 @ 2 teguk sekali minum)
8pm~9pm: Makan malam (Shake/Isteri masak)
9pm~11pm: Minum 250ml Teamix (minum sikit-sikit, 1 @ 2 teguk sekali minum)
11/12pm: Tidur
Menu Sarapan Pagi Yang Biasa saya ambil
(Tukar setiap hari, boring woo makan benda yang sama)
1. Nasi Lemak (dah siap bungkus so tak boleh tambah),
2. Mee/Mihun Goreng (ambil la separuh pinggan)
3. Roti Telur
4. Mee/Mihun Kari/Sup
Lauk
1. Telur goreng mata kerbau (makan yang putih jer, tp rasa la juga yg kuning),
2. Ayam goreng/sup seketul (saiz besar)
3. Ikan goreng/bakar (jgn la ambil ikan bilis jer)
Sayur
1. Sayur hijau
2. Sayur berkuah lemak/kari
Kuah letak sedikit sahaja dipermukaan nasi, then makan secara teratur.
Dengan Herbalife kita yang akan menentukan apa yang kita makan, jadi beringatlah apabila mengambil makanan (lebih-lebih lagi bila makan kat luar/function/dinner/kenduri etc)
Apa yang penting bila ada dalam Program Pengurusan Berat CSC,
Untuk menurunkan Berat Badan;
2 kali Shake
1 kali makan macam biasa
Minum air ikut berat badan (25kg = 1liter air, jadi 75kg kene minum 3 liter air)
Bersenam ikut kemampuan (aktiviti 30 minit sehari, berjalan, basuh kereta dan menyidai baju antara senaman termudah)
Ikuti Acara Herbalife (motivasi dan semangat akan naik bila join acara-acara ini)
Friday, February 6, 2009
Thursday, February 5, 2009
Motivasi Diri (Nak Turunkan Berat Badan)
Sebenarnya setiap perkara yang kita ingin lakukan perlu ada satu daya yang akan menyokong perjalanan kehidupan kita. Saya perlu memotivasikan diri agar berat saya tidak naik seperti dulu, tapi apakah cara @ bagaimana kita boleh sentiasa memastikan diri kita sentiasa bersemangat tinggi? Inilah yang saya lakukan;
1. Hubungi coach dulu sebelum coach hubungi kita semasa awal program
2. Ikut coach ke Acara Herbalife (Quickstart/STS/HOM)
3. Sentiasa pakai batch (TURUN BERAT BADAN, TANYA SAYA BAGAIMANA)
Kenapa kita perlu hubungi Coach semasa awal program?
Walaupun kita telah mempunyai buku panduan, tetapi apabila kita baca secara salah. Di sini lah coach akan membantu kita secara lisan/cakap. Sebenarnya ada pelbagai cara untuk kita menggunakan produk Herbalife ini, coach akan memberi panduan asas tetapi kita yang akan merencara cara pemakanan yang sesuai untuk badan kita.
Acara Herbalife
Kenapa perlu hadiri acara-acara ini? Di acara-acara inilah semua peserta yang berjaya dengan bangga dan penuh bersemangat akan menunjukkan Gambar Perubahan dan Cerita yang Menakjubkan. Kalau mereka boleh berjaya, kenapa tidak kita? SAYA BOLEH!!!
Batch
Lencana ini akan sentiasa mengingatkan saya bahawa saya masih didalam program menurunkan berat badan!!! Jadi saya akan sentiasa mengawal pemakanan harian walaupun berada diluar rumah/pejabat.
Namun yang demikian, masih ada peserta yang gagal, tetapi kenapa ada peserta gagal dalam menurunkan berat selepas menggunakan Produk Herbalife?
1. Peserta menganggap hanya mencuba 1 set, boleh terus turun 10kg ke 20kg
2. Makan produk, dan makan lagi makanan ringan/fast food/roti canai
3. Menganggap Caoch sebagai jurujual produk
4. Ambik produk, tapi tak makan nasi langsung
Untuk persoalan pertama, Herbalife bukanlah ubat kurus yang boleh buat berat badan kita turun secara mendadak...Mahukah anda guna produk yang akan membuatkan perut anda memulas, Kerap Buang Air Besar, dan anda terseksa? Herbalife akan bantu kita menurunkan berat secara semula jadi (Inilah yang kita mahu)
Herbalife akan mengawal cara pengambilan kalori tetapi dalam waktu yang sama badan akan menerima keperluan yang diperlukan. Dengan yang demikian, apabila Herbalife digunakan setiap hari, setiap bulan, setiap tahun hasilnya berat akan menurun, badan bertambah sihat dan penyakit susah nak datang..
Dah makan Herbalife tapi still makan benda lain. perkara ini hanya empunya badan jer yang boleh control/kawal. Cara untuk mengelak perkara ini, sentiasa bawa sebotol air kemana saja anda pergi, anda rasa nak mengunyah terus minum air. Herbalife juga menyediakan snek ringan rendah kalori sebagai gantian makanan ringan.
Coach perlu feedback dari peserta untuk membantu kita menurunkan berat badan. Ada peserta yang langsung tidak mahu angkat telefon setelah beli produk, jadi coach tidak boleh untuk membantu peserta menurunkan berat badan....
Kenapa kita perlu makan nasi?
Sebenarnya nasi dah jadi makanan ruji, jadi kita dah biasa makan nasi. Bila berhenti secara mendadak, kita akan jadi makin rindu/perasaan kuat untuk makan. Tu yang bila jumpa nasi, dah jadi macam orang kebulur....
Hadirilah seminar Quickstart Program/ Permulaan AsasPerniagaan, yang hebat dari Penceramah Herbalife yangberpengalaman!
Permulaan Asas Perniagaan/ Quickstart Training
Tarikh: 8hb Februari 2009 (Ahad)
Masa: 11:00pagi – 12:00 Petang (HOM)12:30 – 6:00 Petang (Quickstart Training)
Tempat: Berjaya Times Square Hotel & Convention Center, KualaLumpur
Harga Tiket: RM30 – 1 tiket dengan 1 Shake Break (Tiket bolehdidapati pada hari acara),
HOM FREE to All
Bahasa: Bahasa Melayu
Sertai saya!!!
Info Sihat CSC
Punca #1 - MAKANAN
Inilah punca utamanya!
Kita tidak akan kegemukan jika kita hanya minum air kosong dan hirup udara. Realiti ini sepatutnya kita terima dan tidak boleh disangkal lagi, makananlah yang membina LEMAK yang berlipat-lipat di badan kita sehingga kita kelihatan lebih tua dari usia, jalan termengah-mengah, berpeluh tak tentu tempat, sakit lutut, darah tinggi, kencing manis, malas, berat, tak bersemangat, susah nakdapat kerja (*sebab diaorang kata orang gemuk ini malas). Berbagai lagi musibah yang melanda kita yang ada masalah kegemukan. Kita kena tahu badan kita sebenarnya perlukan berapa banyak makanan (kalori) dalam seharian. Biasanya, wanita 1800 kalori manakala lelaki 2200 kalori.Kalau kita makan lebih dari kuota 1800 - 2200 kalori ini, maka kita akan naik berat badan sedikit demi sedikit, kerana untuk naikkan 1kg berat badan kita kena kumpul 8000 kalori.
Kalau makanan adalah puncanya, bagaimana kita hendak atasinya?
Caranya,
(1) Cari penganti makanan yang boleh berikan khasiat yang cukup dan kalori yang minimum.
(2) Makan dengan berhemah, kunyah perlahan-lahan, makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi banyak kali
(3) Minum air kosong yang banyak (setiap 25kg berat badan kita perlu 1L air)-dengan minum air yang banyak, kita boleh kawal selera makan kita.
(4) Mula ambil kira berapa sebenarnya kalori yang kita makan dalam sehari.INGAT YA, kita bukannya tidak boleh makan langsung, tapi kita masih perlu berikan badan kita makanan yang SECUKUPNYA, kerana dari makananlah kita dapat tenaga dan bahan-api untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik.Bahan-api tiada = tiada tenaga = badan tidak sihat
Kita jumpa lagi di rencana akan datang!
Thursday, January 1, 2009
Alami Penurunan Berat Badan Macam Saya!!!
Salam, andai anda mempunyai masalah berat badan, kami di CSC sedia untuk membantu anda mencapai berat badan yang diingini.
Berapa yang anda mahu turunkan?
Sebenarnya ia terletak pada kemahuan diri. Hanya orang yang mahu berubah akan berjaya, manakala yang hanya mencuba program kemudian tidak menunjukkan komitmen mereka tidak akan berjaya.
Kenapa kita perlu menjaga berat badan yang ideal?
Tekanan Darah Tinggi, Kencing Manis, Serangan Jantung, Stroke dan pelbagai lagi penyakit timbul apabila berat badan tidak dijaga dengan betul.
Kesimpulannya, anda masih boleh berubah dengan menjadi salah seorang peserta CSC.
Mari sertai kami!!!!
Siapa kata Program kami hanya untuk orang yang berlebihan berat badan?
CSC turut menyediakan program untuk mereka yang mahu menambah berat badan (BMI <20).
Inilah komitmen kami kepada mereka yang ingin
MENDAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL!!!
Gambar Sebelum >90kg, (bulan Januari 08, mula menjadi peserta CSC pada 1 April 2008)
Lagi Gambar Saya Selepas Penurunan 15kg,


Gambar-gambar ini diambil pada bulan November 2008
Testimoni Terbaru Peserta CSC
Testimoni Terbaru
Lemak Di Bahagian Perut LENYAP!
Pada permulaan program berat saya melangkau 92KG. Hasrat saya adalah bagi mengurangkan berat. Di samping mengelak dari terkena penyakit yang tidak diingini seperti darah tinggi dan kencing manis.
Memang sebelum ini saya ada terasa sakit-sakit kepala dan malas bangun tidur. Apabila saya mulakan program ini, kerana berat badan saya turun, sakit kepala dah beransur pulih, sikap malas dan letih selepas bangun tidur dapat diatasi. Perut yang membuncit sebelum ini langsing semula!
Saya berjaya turunkan 12KG!!
Rozaidi Bin Mat Isa, Jitra, Kedah. 11-Okt-08
Thursday, December 18, 2008
SAYA DAH TURUN 15KG, ANDA BILA LAGI???

Salam!Berat saya sekarang dah Maintain 75kg selama 5 bulan, semua orang tegur kenapa saya nampak kurus...
Ni la gambar terbaru saya, Baju saiz 'L' dan Pinggang Seluar Saiz '34'
Bayangkanlah dulu dengan berat badan 90kg, baju saiz XXL dan Pinggang Seluar Saiz 39 huhuhuhu Berat kan saya!!!! (Leh tgk old post tuk lihat gambar lama saya)
Wife sekarang tengah mengandung anak ke-2, lepas mengandung anak pertama berat dia hampir 70kg, berkat pemakanan yang seimbang bersama Program CyberSlimCenter berat berjaya turun ke angka 60kg....Sekarang Memang La berat dia naik...hehehehehe
Meh klik Saya Dah Turun 15kg, Anda Bila Lagi?
Saturday, November 8, 2008
QuickStart 02/11

QuickStart Edisi BM telah diadakan di Times Square pada 2/11 yang lepas, dianggarkan seramai lebih 200 orang menyertai program ini.
QuickStart ini terbagi kepada beberapa slot:
1. Produk
2. Jualan
3. Tajaan
4. Susulan
5. Etika
6. Kejayaan
Quickstart seterusnya akan diadakan pada 30/11/2008, Di Times Square juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)