Tuesday, March 3, 2009

Punca Kegemukan!!!

Punca Kegemukan #2 - KURANG AKTIVITI SEHARIAN

Pada edisi sebelum ini, saya mengupas tentang Makanan sebagai punca utama kegemukan, kali ini ia berkaitan dengan aktiviti kita seharian. Zaman dahulu, dimana makanan susah untuk didapati, kita terpaksa mendaki bukit, meredah hutan, mengejar kijang (teruk juga nak berlari ni), sepanjang hari hanya untuk makan sekali pada malamnya!
Namun sekarang, ia menjadi sangat mudah. Kalau memandu di jalan raya, siap ada Drive Thru lagi. Kalau tampal sticker kat cermin depan siap boleh dapat aiskrim free lagi tu! Sekarang makanan diproses di kilang dan diletakkan di almari pasaraya. Tidak perlu lagi kita berkejar-kejar untuk mendapatkan makanan. Memang susah untuk kita dengar yang kita kebuluran kerana kurang makanan. Fenomena ini menyebabkan kita malas dan kurang bergerak. Duduk sahaja di ofis, kedai makan, depan TV, atas katil yang empuk. Kalau pergi berjalan-jalan pun ada esklator, lif, kalau kat airport tu, kita panggil walk-ator kot.
Apabila aktiviti harian kita menjadi sangat minimum, kemampuan untuk membakar makanan (metabolisma) yang kita makan akan menjadi sangat lemah. Badan kita hanya akan membakar sedikit sahaja kerana badan tidak perlu tenaga yang banyak disebabkan aktiviti kita yang kurang, tapi kita makan banyak!!
Apa yang perlu kita buat untuk atasi masalah ini?
Kita boleh lakukan macam-macam untuk meningkatkan aktiviti kita dalam seharian.
CONTOH;
1) Kalau pergi ke pejabat, kita parkinglah kereta kita di tempat letak kereta yang paling jauh sekali dari pintu masuk pejabat.
2) Kalau pejabat tingkat 30, kita naik lif sampai tingkat 24, lepas tu panjat tangga 6 tingkat. Masa balik turun sampai tingkat 8, lepas tu turunlah tangga. Turun tak penat sangat, jadi buat lebih sikit!
3) Kalau pergi pasaraya pun sama, parking jauh-jauh dari pintu masuk.
4) Depan TV kita angkat-angkatlah sikit dumble ke, atau beli alat senaman yang jenis pijak kiri dia naik kanan, pijak kanan dia naik kiri, yang elok baruRM150.
5) Cuci kereta sendiri. Kalau duduk apartment yang tiada paip kat bawah tu lagi syok, angkat baldi air dari rumah!
6) Bercucuk tanam, sayur ke, bunga ke, kalau duduk rumah tinggi tu, kat veranda atau tepi tingkap masih boleh letak pasu yang kecil-kecil tu.
7) Kalau rajin SENAMAN! Sikit-sikit dahulu pun tak jadi masalah.
Banyak lagi cara untuk kita tingkatkan aktiviti badan kita. Kalau nak seronok, keluar duit sedikit, beli jam yang boleh kira berapa kalori yang kita bakar sehari melalui aktiviti yang kita lakukan seharian. Buat rekod! Harganya RM450-RM600dan biasanya dijual di kedai barangan senaman.
Kita tak perlu lakukan sekaligus, senaman atau aktiviti fizikal secara mendadak. Ini akan menyebabkan otot kita terkejut. Mulakan perlahan-lahan dan tambah dari minggu ke minggu. Kalau kita tekad untuk lakukannya dan konsisten, bayangkan setahun dari sekarang? Pasti kita akan langsing, menarik, sihat, cergas, pantas dan bertenaga! Setahun tu bukannya lama sangat, tsunami yang berlaku sebelum ini pun dah 4 tahun lepas!
Lakukan sedikit perubahan sekarang. Berdiri dan duduk 5 kali SEKARANG!
Lihat kita dah bakar 5-10 kalori dah! Amalkan hari ini lebih baik dari semalam!
Bertemu lagi di keluaran yang akan datang!

No comments: