Monday, March 23, 2009

Punca Kegemukan- Keturunan

Punca Kegemukan #3: KETURUNAN
Sebelum ini saya sudah kupas tentang Makanan dan Aktiviti Harian sebagai punca-punca kegemukan. Anda pernah tak dengar orang kata, satu keluarga aku gemuk, nenek, ibu, abang, adik, kakak, semuanya gempal-gempal belaka.
Sebenarnya, Keturunan juga membawa sedikit pengaruh terhadap badan kita, sama ada ia senang gemuk atau tidak.
Bagaimana kaitannya ya?
Dahulu kala, mungkin 1000 atau 3000 tahun dahulu, nenek moyang kita hidup dalam kesusahan bergantung pada kawasan mereka tinggal. Sekumpulan tinggal di kawasan yang mudah untuk dapat makanan, dan mereka makan mungkin sekali sehari. Manakala sekumpulan lagi tinggal di kawasan yang amat sukar untuk dapatkan makanan. Mereka mungkin makan sekali dalam 3-4 hari.
Penyesuaian akan berlaku pada badan mereka ini. Kadar metabolisma (pembakaran makanan) akan menjadi amat berbeza antara kedua-dua kumpulan ini. Kumpulan yang pertama, agak tinggi dengan kemampuan untuk menyimpan lemak yang agak rendah. Kumpulan yang kedua pula, metabolismanya sangat rendah dan mempunyai kemampuan menyimpan lemak yang SANGAT tinggi! *Lemak disimpan supaya boleh digunakan untuk jana tenaga dalam 3-4 hari kemudiannya yang mana makanan tiada.
Genetik jenis-jenis ini tertulis terus ke atas DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) kita dan ia kekal sehingga sekarang. Bayangkan kita berada di kumpulan kedua, Metabolisma rendah dan kemampuan menyimpan lemak yang tinggi. Jadi badan kita akan mudah menyimpan lemak. Yang jadi masalahnya kita makan 3 kali sehari, bukan tiga hari sekali! Jadi lemak yang tersimpan akan kekal disimpan kerana tidak pernah kita nak guna sebab tiada waktu darurat. Jika anda rasa ada tergolong dalam kumpulan kedua, maka anda kena jaga makan dan tingkatkan aktiviti harian. anda lebih cenderung untuk menjadi gemuk. Tapi anda janganlah salahkan nenek-moyang kita pulak. Pilihan masih terletak pada tangan anda untuk jadi sihat langsing atau gemuk sakit.
Jumpa lagi di rencana akan datang! Salam maju jaya!

No comments: